DAUN PEGAGA

Dalam perubatan Ayurveda, pegaga digunakan untuk merangsang urat saraf, teruramanya sel-sel otak. Ekstrak dari pegaga bersifat anti-radang yang membolehkan proses penyembuhan kulit berlaku.

Kajian mendapati bahawa pegaga bersifat anti-bakteria, anti-fungal dan merangsang penghasilan kolagen, menguatkan struktur kulit serta merawat masalah penuaan kulit wajah.

Ia juga terbukti secara saintifik bahawa pegaga sangat membantu merawat masalah kulit yang terbakar, eczema, psoriasis dan scleroderma. Ekstrak daun pegaga terdapat dalam kebanyakan produk kecantikan kulit di pasaran sekarang, termasuk lah produk JRM sendiri iaitu Bio Miracle Action.

BLUEBERRY

Blueberry bukan sahaja tinggi kandungan serat yang bagus untuk penghadaman, tetapi juga mengandungi antioksidan yang sangat tinggi untuk mencegah kanser.

Bukan itu sahaja, blueberries ni juga kaya dengan Vitamin E dan dapat membekalkan dan mengekalkan kelembapan pada kulit secara berpanjangan.

Bukan sekadar Vitamin E, buah dan ekstraknya juga mengandungi unsur mineral seperti kalsium, kalium, zink, iron, vitamin B, C dan K, karbohidrat dan lemak.

Ekstrak blueberry yang terkandung dalam sabun Zinnia Magenta sangat bagus sebagai ejen antipenuaan, melembapkan kulit dan melindungi dari radikal bebas.

KACANG MARULA

Minyak yang didapati dari kacang marula sangat bagus untuk semua jenis kulit..ya,termasuk kulitberminyak.

Keistimewaan minyak marula ini ialah ia mampu memgurangkan minyak berlebihan yang dihasilkan oleh wajah.

Marjane Oil mengandungi minyak marula yang mampu mengurangkan penuaan seperti garis halus di wajah, kedutan dan kulit kusam disebabkan faktor umur, cuaca dan pemakanan.

 

 

 

BELALAI GAJAH

Antara khasiat yang terdapat di dalam Daun Belalai Gajah:

  • Anti oksiden yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser
  • Mengurangkan risiko salur darah tersumbat
  • Membuang toksin di dalam badan
  • Mengurangkan keletihan
  • Tidak mengandungi toksik
  • Mempunyai kandungan Flavonoid yang tinggi
  • Mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Vitamin dan asid amino