INFO BONDA – DAUN KARI


Daun kari merupakan sejenis daun yang sangat enak untuk dibuat masakan kari, untuk tujuan menggoreng ayam dan ia merupakan salah satu ramuan yang mempunyai perubatan sangat bagus untuk masalah kalsium ataupun pereputan tulang.
.
Digunakan sebagai tonik untuk merawat masalah perut ataupun cirit birit, daunnya boleh mengurangkn rasa loya sekiranya kita mengunyahnya sbg bahan kudap kudapan.

Sebagai penawar buasir dan cirit-birit. Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ianya merupakan penawar yang cukup ampuh.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

mengurangkan loya dan pening. Jika sering terasa loya dan pening, cuba tips ini. Ambil jus daunnya yang segar dan dicampurkan dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Selain itu, daun kari juga membantu merawat Diabites. Kari juga berkhasiat dalam merawat diabetes. Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Kaedah ini boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *