Mengantuk selepas makan tengahari ? Apa penyebabnya ?

Ini merupakan hal yang sangat normal bagi setiap individu yang menikmati makan tengah hari.

Ada beberapa alasan kenapa setiap individu berasa mengantuk setelah menikmati makan tengah hari.

SEBAB-SEBAB MENGANTUK SETELEH MAKAN

  • POLA PENCERNAAN DAN HORMON PADA OTAK

Setiap individu memerlukan energy untuk melakukan aktiviti seharian serta aliran fungsi di dalam badan manusia.Tubuh memecahkan zat gizi dari makanana dalam sistem pencernaan untuk dijadikan sebagai glukosa yang kemudian melahirakan energy. Setelah anda menikmati makan ,tubuh melepaskan hormon seperti hormon amilin, glukagon dan kolesistokinin.Ini berfungsi untuk meningkatkan kadar gula darah , membuat setiap individu berasa kenyang dan untuk memproduksi lebih insulin yang akan dialirkan ke dalam sel.

  • PEMILIHAN MAKANAN YANG DIAMBIL

Tubuh mecernakan semua makanan dengan cara yang sama tetapi makanan mempengaruhi tubuh secara berbeza.Beberapa makanan dapat membuat anda mengantuk berbanding dengan makanan lain.Makanan yang mengandungi protein tinggi seperti daging,ayam,telur,ikan ,bayam ,tauhu dan keju yang mempunyai asam amino tripton.Asam amino inilah yang digunakan oleh tubuh untuk melahirkan serotonin yang bertanggungjawab untuk melahirkan perasaan ingin tertido.

Selain itu , makan makana yang mengandungi karbohidrat juga membantu otak memproduksi serotonin dan membuat asam amino triptofan teredia di otak.Kombinasi makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat akan membuat mata anda layu.

Jika anda mengambil makanan yang berlebihan juga , akan membuatkan mata anda ingin lelap. Setelah anda makan tubuh lebih banyak mengalirkan darah ke sistem pencernaan untuk mencerna makanan dengan jumlah yang banyak.

Untuk mengelakkan daripada mudah tertido , sebaiknya makan makanan yang seimbang seperti sayur-sayuran , biji-bijian dan lemak baik yang bertujuan untuk melahirkan tenaga yang mencukupi.

  • WAKTU TIDUR

Waktu tidur yang lewat pada malam hari menyebabkan anda mengantuk setelah makan.Setelah makan , anda akan mudah terasa kenyang dan membuat tubuh merasa penat dan mudah terlelap terutama jika anda tidak mendapatkan tidur yang cukup pada malam sebelumnya.

  • MASALAH KESIHATAN

Jika anda mudah merasa ingin terlelap pada siang hari , mungkin anda menghidap penyakit seperti penyakit celiac , anemia,alergi , atau tiroid yang akan kurang aktif.

Ini adalah beberapa tips yang admin dapat kongsikan kepada para pembaca semua ! Jaga kesihatan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *