[INFO BONDA] BUAH STRAWBERI

Buah strawberi sangat terkenal di Cameron Highland. Rasanya masam-masam manis gitu. Jarang lah kalau orang bercuti di Cameron Highland tidak singgah untuk membeli.

Antara khasiat buah strawberi

  • Pembersih wajah

Ekstrak buah ini selalu digunakan sebagai bahan pencuci muka dan masker wajah kerana ia mengandungi vitamin C ,asam salisilat , antioksidan dan exfoliant. Asam salisilat ini berfungsi untuk menghilangkan sel-sel mati dari wajah.Asam ellagic yang terkandung di dalam strawberi merupakan antioksidan yang memerangi kerosakan kulit dan mempertahankan keremajaan kulit. Ia juga mampu mengangkat kotoran ,melembutkan kulit serta memberikan perlindungan terhadap polusi.

  • Untuk menjaga kesihatan mata

Kekurangan nutrisi tertentu membuat kan anda mempunyai masalah mata.Dengan semakin bertambah usia dari semasa ke semasa , radikal bebas akan dengan mudah menyebabkan permasalahan pada mata.

  • Dapat menurunkan kolestrol seseorang

Strawberi kaya dengan phyto. Phyto merupakan jenis senyawa yang berperanan untuk mencegah pelbagai penyakiy.Senyawa ini juga yeng membuat warna dan bau pada strawberi.Senyawa ini telad dibuktikan mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular .

  • Menjaga kesihatan jantung

Antioksidan yang ditemukan dalam buah strawberi memunyai vitamin c dan anthocyanidins.Ia membantu melindungi arteri dari kerosakan serta mencegah pembentukan bekuan darah dalam pembuluh darah.

Selain yang admin sebutkan di atas , buah strawberi juga sangat baik diamalkan oleh wanita yang sedang hamil kerana ia mempunyai asam folat yang dapat membantu perkembangan otak bayi dan meningkatan fugsi otak serta sistem saraf. Jika anda mempunyai masalah kuning gigi atau bau mulut, disarankan untuk mengamalkan pemakanan buah strawberi.

Ini sahaja yang admin dapat kongsikan kepada anda semua heheh.Selamat berhujung minggu !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *