Kekurangan air dalam badan : Tips , Punca & Gejala

Dehidrasi atau seseorang yang mengalami kekurangan air berlaku pada setiap peringkat umur termasuklah bayi. Ia juga berlaku apabila jumlah air yang meninggalkan tubuh lebih banyak daripada jumlah yang diambil.Seseorang individu perlu mengambil sekurang-kurangnya 3L sehari. Air yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada berat badan masing-masing.

Penyebab dehidrasi

Antara penyebabnya ialah :

Cirit Birit

Ini adalah satu penyebab yang selalu dialami oleh rakyat Malaysia. Di seluruh dunia, lebih daripada 4 juta kanak kanak mati setiap tahun kerana dehidrasi akibat daripada cirit birit

Muntah

Ia boleh menyebabkan kehilangan air di dalam badan dan sukar untuk menggantikan air di dalam badan kerana pesakit turut mengalami loya dan muntah.

Peluh

Tubuh boleh kehilangan banyak air dalam bentuk peluk ketika badan cuba menyejukkan diri. Suhu badan boleh meningkat selepas bersenam atau persekitaran yang panas.

Kencing Manis

Jika anda mempunyai masalah diabetis , paras gula gula dalam darah yang tinggi menyebabkan gula masuk ke dalam air kencing dan air akan ikut setelah itu. Ini akan menyebabkan dehidrasi yang teruk.

Kulit terbakar

Kulit berfungsi sebagai pelindung badan dan juga bertanggungjawab mengawal air di dalam badan.Mangsa kebakaran akan mengalami dehidrasi kerana kulit rosak dan menghalang cecair untuk menyerap ke dalam badan.

Tanda tubuh kena dehidrasi

Mulut kering dan lidah bengkak

Mulut kering dan lidah menjadi bengkak adalah salah satu tanda anda mengalami dehidrasi. Minum air secukupnya

Air kencing berwarna kuning pekat

Jika tubuh anda mengalami dehidrasi , ginjal anda cuba menghentikan proses untuk mengeluarkan air kencing. Akibatnya air kencing akan menjadi warna kuning pekat

Sukar untuk membuang air besar

Ketika tubuh badan kekurangan air , makanan yang dimakan akan menjadi bebas di dalam usus , dan menyebabkan kesemua air diserap. Ketika dehidrasi , usu besar akan menjadi kering. Oleh itu , ia akan menyebabkan sembelit

Pening Kepala

Dehidrasi juga boleh menyebabkan pening kepala dan pengsan. Salah satu tanda dehidrasi adalah tubuh anda akan merasa melayang ketika berdiri .

Cepat penat

Dehidrasi yang teruk akan membuatkan tekanan darah ikut jatuh. Tanpa oksigen yang cukup, otot dan fungsi saraf akan bergerak perlahan sehingga ia akan menjadi penat.

Rawatan Dehidrasi

  • Air
  • Sup Kosong
  • Popsikel
  • Jell-O
  • Cecair pengganti lair yang mungkin menga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *