Insomnia ,Masalah Tidur dan Kebiasaan Tidur

Insomnia adalah apabila seseorang individu mengalami kesukaran untuk tidur.Situasi ini akan menjadi serious apabila anda ingin tidur tetapi tidak boleh untuk melelapkan mata.Jika anda mempunyai masalah kesukaran untuk tidur , akan mudah berasa penat.

Jenis -jenis insomnia

Insomnia Primer

Ini menandakan masalah tidur anda digelar sebagai penyakit kerana , ia datang dengan sendiri tanpa pengambilan ubat-ubatan.

Insomnia Sekunder

Ini menandakan masalah tidur anda ada berkaitan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Penyebab kekurangan tidur ?

Stres

Terlalu berfikir benda negatif dan menyukarkan anda untuk lelap pada waktu malam

Kecemasan

Terlalu rasa cemas dan membuatkan anda tidak berasa tenang dan mudah memikirkan berbagai macam hal

Kafein dan alkohol

Minuman yang mengandungi kafein akan membuatkan anda sukar untuk memejamkan mata.

Terlalu banyak makan

Makan banyak sebelum tidur membuat anda tidak selesa untuk berbaring sehingga sukar untuk melelapkan mata

Kesan buruk kekurangan tidur

Depresi

Depresi merupakan gangguan mood yang menyebabkan seseorang merasa sedih , putus asa, tidak berdaya dan tidak bertenaga.Semua emosi negatif bermain difikiran sehingga membuat kesulitan untuk melelapkan mata.

Berat badan meningkat

Kesukaran untuk melelapkan mata akan menjurus kepada gaya makanan yang kurang sihat dan menyebabkan kegemukan.

Tekanan darah meningkat

Kekurangan tidur dapat menyebabkan seseorang mengalami tekanan dan sekaligus menyebabkan tekanan darah meningkat.

Tingkatkan risiko penyakit jantung

Individu yang kurang melelapkan mata dari 6 jam memiliki kemungkinan untuk diserang penyakit kardiovaskular.

Langkah untuk meningkatkan kualiti tidur

  • Jangan tidur pada waktu lapar dan makan 4 jam sebelum tidur.
  • Jangan terlalu minum air yang banyak
  • Kawasan yang tenang , gelap dan sejuk dapat membantu tidur dengan nyaman.
  • Buat jadual untuk waktu tidur anda
  • Jangan tidur siang terlalu lama
  • Selalu membuat senaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *