Pernah tak korang mengalami kulit kaki di bahagian tumit kelihatan retak dan pecah- pecah? Atau mungkin anda pernah melihat orang di sekeliling anda mengalami kulit kaki merekah .
Kulit kaki merekah atau pecah-pecah terjadi kerana kurangnya nutrisi di dalam badan. Oleh itu , kulit kaki seseorang itu akan mengalami pecah-pecah dan kelihatan kering.
Kenapa kulit kaki merekah?
Masalah kulit kaki merekah pasti membuatkan seseorang hilang keyakinan diri kerana menyebabkan individu mengalami kesakitan dan tidak sesuai memakai kasut yang lawa.Antara sebab kenapa kulit kita merekah :
- Kurang penjagaan kaki
- Tekanan berat badan seseorang yang berlebihan
- Kekurangan vitamin, mineral dari zat besi dan lemak omega 3
- Penggunaan sabun yang tidak sesuai
Tanda – tanda kaki menjadi pecah -pecah
Kulit mengelupas
Jika anda mendapati kulit kaki seakan mengelupas dan mulai pecah-pecah . Jangan cuba untuk menarik kulit kering tersebut , kerana ia akan merosakkan kulit yang masih melekat dan sihat.
Kulit kaki menjadi gatal
Kulit kaki anda terasa gatal disebabkan lapisan kulit di bahagian atas yang kering dan kecut.Anda harus membuang lapisan kulit yang mati sebelum melakukan perubatan untuk tumit kering
Penyebab kaki merekah
Cuaca sejuk
Kebiasaannya orang yang mengalami masalah ini biasanya disebabkan oleh faktor cuaca.Ia melibatkan individu yang tinggal di kawasan yang sejuk. Kaki yag kering akan menjadi pecah-pecah dan gatal disebabkan cuaca yang sejuk.Anda perlu menggunakan pelembap ketika waktu sejuk.
Penggunaan sabun tanpa pelembap
Tidak semua bahan yang dijual dan di pasaran mengandungi pelembap. Sabun tanpa pelembap meningkatkan risiko kulit kering dan ia bukan sekadar berlaku pada bahagian kaki dan telapak kaki saja , tapi seluruh tubuh badan akan mengalami kekeringan dan kulit menjadi kasar
Mandi dengan air panas
Air panas memang sangat nyaman bagi sesetengah orang dan dapat menyembuhkan rasa lenguh-lenguh dan dapat menghilangkan stress. Mandi dengan air panas adalah jalan penyelesaian terbaik untuk membuat otot tubuh menjadi lebih rileks.Namun jika air yang digunakan terlalu panas akan menyebabkan kulit menjadi kering dan pecah-pecah.
Faktor usia
Semakin bertambah usia seseorang atau yang berlaku proses penuaan ia akan memberi kesan tersendiri untuk keadaan kulit kaki anda. .Biasanya bahagian tumit yang kerap terasa bersisik dan pecah-pecah bagi seseorang yang usianya semakin tua di mana elastik dari kulitnya sudah hilang.
Berat badan berlebihan
Memiliki berat badan yang berlebihan bukan sahaja memberi kesan buruk kepada organ tubuh yang lan , tetapi bahagian kaki anda juga akan terjejas. Ia akan menyebabkan kaki semakin lebar dan bagi kulit kaki yang tidak cuku fleksibel , tumit akan pecah -pecah kerana adanya tekanan pada kaki.
Rawatan untuk kaki merekah
- Perbanyakkan minum air putih
- Penggunaan minyak zaitun
- Penggunaan minyak kelapa
- Garam
- Masker pisang pada kaki