Kuat berpeluh atau nama lainnya ialah Hyperhdosis adalah keadaan apabila seseorang individu mengalami peluh yang banyak pada waktu panas atau sejuk.
Jenis Hyperhdrosis
Terdapat dua jenis hyperhdrosis iaitu:
- Hyperhdrosis utama
Seseorang individu hanya berpeluh pada satu bahagian sahaja seperti tangan atau kaki tanpa sebab yang jelas .
- Hyperhdrosis sekunder
Seseorang individu mengalami peluh berlebihan di seluruh kawasan tubuh badan .
Punca Kuat Berpeluh
Hyperhdrosis primer
Seseorang individu yang mempunyai hyperhdrosis primer biasanya berpeluh dari sejenis kelenjar peluh tertentu yang dipanggil eccrine. Kelenjar ini banyak di kaki , telapak tangan ,muka dan ketiak
Hyperhdrosis sekunder
Seseorang individu akan berpeluh semasa tidur . Ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan. Antara masalah kesihatan yang berpontensi untuk mengalami hyperdrosis sekunder :
- Kehamilan
- Kencing manis
- Menopause
- Obesiti
- Gout
- Ubat tekanan darah
- Antibiotik dan banyak lagi
Hyperhdrosis mungkin boleh menjadi lebih teruk disebabkan beberapa faktor seperti haba,emosi,senaman ,demam dan makanan pedas. Keadaaan berpeluh biasanya berkurangan pada waktu malam dan boleh hilang sewaktu tidur
Tanda -tanda anda mengalami kuat berpeluh :
- Berpeluh secara berlebihan selama 6 bulan tanpa sebab
- Peluh yang berlaku di kedua-dua belh badan dengan jumlah yang sama
- Kerap peluh lebihan sekurang-kurangnya sekali seminggu
- Sering berpeluh di bawah usia 17-25 tahun
- Genetik keluarga
- Tapak tangan dan kaki basah
- Masalah kulit
- Kemurungan
- Bau badan
- Kerap mengelap tangan
- Tangan kerap mengigil
- Sukar untuk memegang barang
- Sukar untuk beriadah
- Tertekan dan pucat
Cara mengatasi masalah hyperhdrosis
Secara umum
- Memakai pakaian yang longgar dan tidak ketat
- Memakai bedak selepas mandi
- Memakai sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas dan perlu ditukar setiap hari
- Mendedahkan bahagian kaki sekerap yang mungkin
Secara spesifik
- Penggunaan antiperspiran
Penggunaan antiperspiran untuk membantu mengurangkan peluh dibahagian ketiak
- Iontoforesis
Rawatan ini menggunakan impuls elektrik untuk melumpuhkan kelenjar peluh buat sementara waktu
- Pengambilan ubat antikolinergik
Ubat ini berfungsi untuk menjejaskan isyarat saraf untuk kelenjar peluh
- Pembedahan
Pemotongan saraf di bahagian dada yang merangsang penghasilan peluh yang berlebihan