Apa yang anda perlu lakukan jika terkena “Simpul Mengkarung “

Simpul mengkarung atau lebih dikenali sebagai kejang kaki boleh terjadi pada sesiapa sahaja dari besar hingga kecik. Bagi mereka yang pernah merasai simpul mengkarung mesti tahu betapa peritnya terutama sekali di bahagian betis.

Ketika kekejangan ini berlaku otot di betis bagai di tarik dengan tegang dan menyakitkan serta menyebabkan otot kita bersimpul

Kenapa simpul mengkarung ini terjadi ?

  • Jika anda melakukan aktiviti bersukan tanpa memanaskan badan terlebih dahulu
  • Kekurangan kalsium dan magnesium di dalam badan
  • Apabila badan ada kekurangan air
  • Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan simpul mengkarung

Apa perlu buat jika tiba-tiba kejang ?

  • Cari tempat untuk duduk dan bersandar
  • Buka kasut atau stokin untuk bebaskan kaki kepada pengudaraan
  • Jangan bengkokkan kaki adna kerana ia boleh menekan kawasan otot
  • Jika kaki menguncup , guna tangan anda perlahan-lahan
  • Tolak kaki ke atas agar saraf kembali pulih seperti biasa.

Cara mencegah simpul mengkarung ?

  • Senaman regangan kaki
  • Senaman tapak kaki
  • Cuba elakkan tidur dengan jari -jari kaki menghala ke bawah
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur
  • Banyakkan minum air kosong (3 liter sehari )

Cara mengawal serangan simpul mengkarung ?

  • Untuk mengurangkan kesakitan , anda perlu berjalan atau berdiri

Hal ini membolehkan aliran darah mengalir lancar turun ke bahagian kaki dan mengurangkan kesakitan yang dialami

  • Tekup bahagian yang terkena simpul mengkarung dengan ais

Walaupun kekejangan kaki dianggap normal bagi sebahagian pihak, namun ia akan menndatangkan bahaya jika kesakitan dirasai secara berterusan. Ia dikenali sebagai DVT (trombosis vena dalam).

DVT ini adalah masalah darah beku dalam mana mana urat dan biasanya berada di betis. Individu yang berisiko untuk menghidap DVT

  • Pergerakan dalam tempoh yang lama
  • Genetik keluarga
  • Menghidap/ menjalani rawatan kanser
  • Baru menjalani pembedahan
  • Obes
  • Mengambil rawatan gantian hormon
  • Hamil
  • Masalah jantung
  • Dehidrasi
  • Merokok
  • Berumur

Tanda dan gejala

Jika perkumpulan darah besar, ia menyebabkan bengkak di bahagian betis . rasa sakit , lenguh dan kulit kemerah-merahan dan panas apabila disentuh. Berjumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda sedemikian.

Note : Untuk mengelakkan kekejangan kaki berulang , tingkatkan kecerdasan diri anda . Banyakkan lakukan senaman dan mengerakkan otot anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *