Rawatan rambut gugur sangat menjadi carian oleh wanita dan kaum lelaki .Terdapat pelbagai cara untuk dijadikan rawatan rambut gugur .
Masalah rambut gugur bukan sahaja menghantui wanita , kaum lelaki juga mempunyai masalah yang sama.
Dah pakai macam-macam produk pun, rambut masih gugur . Nak kena buat apa ?
Okay meh rapat rapat , admin share kan petua yang berkesan untuk merawat masalah anda. Tapi jangan lupa , amalan ni kena dilakukan secara kerap.
Bawang besar + madu + minyak lavender
Bawang merah
- Membaiki peredaran darah di kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang lebat
Madu
- Menyuburkan rambut dan sekaligus memberikan rambut yang licin dan berkilat
Minyak lavender / minyak pati kegemaran anda
- Mengurangakn bau bawang di rambut anda
Cara -caranya
- Ambil sedikit bawang merah cincang sampai halus dan berair
- Masukan satu sudu madu di dalam mangkuk yang berisi bawang
- Masukan 3 titis minyak lavender . Gaulkan
- Sapukan ke kulit kepala
Daun bunga raya
Bunga raya mampu menghilangkan kelumur, membuatkan rambut berkilat dan menyejukkan kulit kepala. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan masukkan ke dalam bekas bersama air . Ramas sehingga keluar lendir , Dan sapukan pada bahagian rambut.

Santan Kelapa
Santan kelapa mempunyai pelbagai vitamin dan nutrisi. Ini boleh meningkatkan kesuburan dan pertumbuhan rambut. Sapukan santan ke rambut sehingga rata . Balut kepala dengan tuala.Biarakan selama 30 minit.

Minyak rambut zam-zam
Bau minyak zam -zam memang tengik , tapi banyak khasiat yang terdapat di dalam minyak zam -zam . Akar rambut menjadi kuat dan sekaligus dapat mengurangkan keguguran rambut serta rambut kelihatan berkilat dan lebat

Yogurt
Yogurt bukan sahaja untuk dimakan, tapi ia juga boleh dijadikan sebagai masker untuk rambut . Sapu yogurt asli ke seluruh rambut , blut dengan tuala dan biarkan selama 30 minit.

Aloe vera
Aloe vera bukan sahaja membantu untuk menjadikan kulit wajah kita sihat , tapi ia juga mampu mengatasi masalah keguguran rambut. Anda boleh dapatkn aloe vera di drugstore atau boleh ditanam sendiri. Sapukan aloe vera ke seluruh kulit kepala .Biarkan selama 30 minit dan basuh sehingga bersih.

Sedikit tips yang admin mampu share kan kepada anda . Tetapi diingatkan semua tips yang admin sharekan mestilah dilakukan secara kerap untuk mendapatkan hasil yang bagus. Selamat mencuba !