Kencing Manis : Faktor , Tanda dan Cara Mengawalnya

Kencing manis atau dikenali sebagai diabetis merupakan salah satu penyakit metabolik kerana ia memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah.Ia berpunca daripada kegagalan sistem badan untuk mengekalkan kandungan gula pada tahap normal

Cakap pasal makanan orang kita ni suka. Dari hujung utara sampai ke selatan ada sahaja makanan yang menjadi igaun rakyat malaysia.

Pemakanan yang kurang sihat adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah diabetis

Mari kita lihat beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit kencing manis

  • Berat badan berlebihan
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetis
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolestrol tinggi
  • Mempunyai masalah kencing manis ketika mengandung
  • Mempunyai sejarah kelahiran bayi yang besar
  • Berumur lebih daripada 30 tahun
  • Tidak selalu bersenam
  • Mempunyai penyakit Polycystic ovarian syndrome
Tanda -tanda anda penghidap kencing manis ?
  • Kerap membuang air kencing
  • Mudah merasa haus dan mengambil air dalam kuantiti yang banyak
  • Sentiasa merasa lapar dan asyik makan
  • Kerap bangun malam untuk membuang air kencing
  • Mendapat jangkitan kuman yang teruk dan susah sembuh
  • Kaki tangan berasa kebas

Menghidap penyakit diabetis bukanlah pengakhiran bagi hidup anda. Anda masih boleh menjalankan kehidupan seperti biasa sehinggalah ke usia tua. Yang anda perlu lakukan ialah mengawal gaya hidup sihat anda.

Mengamalkan diet yang seimbang

Mulakan dengan pemilihan pelbagai jenis makanan daripada piramid makanan. Sekiranya anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, pilih makanan yang rendah lemak dan kalori

Pastikan anda mengambil buah-buahan, sayur-sayuran serta bijirin secukupnya .Kurangkan pengambilan minuman manis dan kaffein. Banyakkan minum air kosong kira- kira 2 liter sehari.

Pengambilan serat yang secukupnya . Sumber serat yang terbaik untuk tubuh badan iaah oat, bijirin , kekacang kerana ia sangat membantu menurunkan paras glukosa dan paras kolestrol anda.

Piramid Makanan
Senaman Secara Berkala

Diet sahaja tidak cukup jika anda kurang bersenam. Ia sangat membantu mengawal berat badan dan mengurangkan tahap glukosa darah. Senaman sangat membantu untuk menurunkan kadar kolestrol darah, tekanan darah tinggi serta meningkatkan kesihatan (jantung, paru-paru, otot , tulang dan sendi)

Antara senaman yang anda boleh lakukan ialah berjalan pantas ,berjogging ,berbasikal,berenang atau senaman kardiovaskular yang lain.

Senaman bersama ahli keluarga
Mengawal berat badan anda

Kebanyakkan rakyat malaysia yang mempunyai berat berlebihan mempunyai risiko untuk menghidap diabetis. Penurunan berat badan sangat membantu mengawal masalah diabetis dan menurunkan kadar glukosa darah.

Untuk menurunkan berat badan anda perlu aktif dalam aktiviti bersenam dan menjaga diet seimbang anda.

Obesiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *