APA PUNCA SAKIT KEPALA?

Sakit kepala sering terjadi kepada semua orang .Ada yang ringan-ringan , dan ada juga yang mengalami muntah-muntah teruk dan tidak mampu berdiri.

Siapa je yang suka untuk sakit kepala kan? Ia sangat menggangu aktiviti seharian kita.

SAKIT KEPALA PRIMER

PENYEBAB
  • Struktur di kepala yang sangat sensitif terhadap sakit kepla
  • Masalah pada saraf atau saluran darah di bahagian tengkorak
  • Aktiviti kimia di otak , otot kepala dan leher
  • Genetik

KATEGORI

Migrain

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di bahagian kepala sahaja.Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut seperti pening loya ,muntah,cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

Punca
  • Perubahan hormon
  • Tekanan
  • Kekurangan tidur
  • Merokok
  • Bau yang kuat
  • Mabuk laut
  • Makan Tidak ikut masa
  • Pengambilan caffeine
  • Pengambilan MSG berlebihan
  • Pemanis tiruan
  • Makan makanan yang menpunyai tyramine
  • Buah-buahan jenis citrus
Sakit Kepala Tegang

Sakit kepala tegang menyebabkan kesakitan pada seluruh kepala. Kesakitan yang dialami sering digambarkan seperti ada tali ketat diikat di sekeliling kepala. Individu juga akan mengalami ketegangan pada dahi , tepi dan belakang kepala .

Sakit kepala kluster

Sakit kepala kluster sering menyerang lelaki muda berusia 20 tahun sehingga 40 tahun.

Gejala gejala
  • Sakit pada sebelah bahagian kepala sahaja
  • Sakit berdenyut-denyut
  • Seragan akan berlaku sebanyak beberapa kali sehari dalam tempoh 2 minggi hingga 3 bulan
  • Bengkak mata
  • Hidung berair
  • Berpeluh
  • Kepekaan terhadap cahaya dan bunyi

Sakit Kepala Sekunder

Ia merupakan jenis sakit kepala yang disebabkan oleh masalah kesihatan.Sakit kepala merupakan gejalan yang terkait dengan banyak penyakit.

Contoh penyakit

  • Jangkitan pada otak
  • Masalah pada saluran darah otak akibat strok
  • Ketumbuhan di dalam otak
  • Trauma pada kepala
  • Cecair berlebihan yang tidak normal pada otak
  • Kesan ubat sampingan
  • Masalah pada struktur tengkorak ,leher,mata atau struktur wajah

Itulah beberapa punca sakit kepala yang admin dapat kongsikan pada hari ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *