SENAMAN RINGKAS UNTUK MASALAH LUTUT

Sakit lutut biasanya disebabkan faktor umur,masalah otot, kecederaan, radang,masalah kesihatan atau berat badan berlebihan.

Walaupun sakit ini terjadi pada orang tua, tapi pada hari ini orang muda seawal umur 30-an pun sudah ada yang menderita sakit lutut. Perkara ini akan menyukarkan kita berjalan dan sekaligus melumpuhkan pergerakan kita serta menghalang kita daripada melakukan kerja-kerja seharian.

Apa kita nak buat untuk kurangkan sakit lutut ?

SENAMAN

  • Hamstring Stretch
  1. Duduk pada hujung kerusi ,luruskan sebelah kaki ke depan dan pastiakn tumit di atas lantai
  2. Kemudian duduk tegak dan rapatkan badan ke arah peha sehingga berasa tegang pada belakang peha
  3. Tahan sehingga 15 saat dan ulang 3-5 kali
Hamstring Stretch
  • Calf Stretch
  1. Duduk berlunjuran kaki
  2. Bengkokkan sebelah kaki
  3. Sangkutkan tuala pada kaki yang lurus dan tarik tuala perlahan-lahan
  4. Ulang sebanyak 5 kali sehingga 15 saat
  5. Kemudian tukar kaki sebelah
Calf Stretch
  • Knee Rolls
  1. Baring dan bengkokkan kedua-dua lutut sehingga tapak kaki rapat di atas lantai . Pastikan kedua-dua belah tangan berada di sisi
  2. Toleh kepala ke kiri sambil mengerakkan kaki ke arah bertentangan sehingga berasa tegang pada bahagian peha dan pinggang
Knee Rolls

Balut lutut

Balut dengan bandage dapat mengurangkan sakit pada otot

Balut lutu dengan menggunakan pembalut sesuai

Tuam Ais

Jika lutut bengkak , letak ais dalam tuala dan letak pada tempat yang sakit untuk kurangkan bengkak dan sakit.Tuamkan buat beberapa minit.

Tuam ais pada bahagian yang sakit

Kawalan berat badan

Kurangkan sedikit berat badan dengan mengikut diet yang sihat

Kawalan Berat Badan

Jangan biarkan lutut ada sakit dalam tempoh yang lama.Jika serious sila membuat rujukan kepada doktor.

Tips:

  • Elakkan duduk terlalu lama
  • Jaga keselamatan anda
  • Elakkan senaman yang memberi kesan yang tinggi terhadap lutut anda
  • Pakai kasut yang sesuai
  • Kurangkan melutut dalam tempoh yang lama
  • Mengamalkan gaya pemakanan yang sihat
  • Pengambilan makanan buah , ikan ,soya
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng
  • Mengelakkan alkohol dan rokok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *