APA NAK BUAT KALAU KULIT BREAKOUT?

Sebelum ini, admin pernah sharekan mengenai perbezaan breakout dan purging.

So harini admin nak share lebih sikit mengenai breakout.Pernah tak tiba-tiba korang muncul jerawat dan kulit gatal ? Kalau jerawat muncul pada bahagian yang tidak pernah berjerawat. Maka ianya ialah breakout.

Breakout merupakan jerawat atau bintik-bintik merah yang memenuhi kuli wajah kerana pori-pori tersumbat disebabkan reaksi dari kulit yang tidak sesuai atau tidak serasi terhadap kandungan sesuatu produk.

Mari admin kongsikan apa yang patut korang buat kalau breakout.

Note: Setiap apa yang admin kongsikan mungkin sesuai dengan kulit wajah. Semua kulit bertindak dengan cara yang berbeza.

  • Stop semua produk yang anda sedang pakai

Kalau korang guna produk baru pastu tetiba tumbuh jerawat , terus stop ! Sebelum korang guna produk baru , pastikan buat patch test dahulu.

Kenapa nak kena buat patch test , tak boleh guna direct ke muka terus ke ?

Untuk korang yang mempunyai masalah kulit sensitif atau yang senang naik jerawat ,korang wajib buat patch test terlebih dahulu. Patch test akan membantu anda untuk mengenal sama ada produk tersebut sesuai dengan kulit atau tidak.

Macam mana cara nak buat patch test ?

  1. Letakkan sedikit produk dibahagian lengan atau bahagian yang senang untuk cover
  2. Sapu setiap hari dan tunggu selama seminggu. Jika kulit anda tidak kemerah-merahan maka anda boleh ke step seterusnya. Tetapi , kalau timbul merah merah maka anda tidak sesuai dengan produk ini
  3. Seterusnya , letakkan produk ini di bahagian muka yang sesnsitif seperti pipi.
  4. Observe dalam 2 hari , tengok ada naik jerawat ke , merah merah ke
  5. Kalau naik jerawat maka anda tidak sesuai lah dengan produk tersebut. Kalau muka anda tidak menunjukkan tindak balas, congrats anda boleh pakai produk itu.
  • Jangan percaya dengan healing proses

Jangan cakap orang lain, admin pon sama bila try produk baru pastu tumbuh jerawat , percaya dia buang kotoran semua nanti sembuh . Salah tu. Kalau produk yang anda pakai mempunyai AHA, BHA atau Vitamin C mungkin ia purging. Tetapi kalau tiada itu breakout.Jangan percaya healing proses yang tak wujud tu , stop gunakan produk tersebut !

  • Tak perlu scrub kulit

Ramai percaya , kalau tengah breakout pada wajah dengan harapan menggunakan scrub dapat menyembuhkan kulit wajah.Jangan gunakan scrub ketika breakout. Kulit kita sangat senstitif, makin kita tarah muka , makin luka muka dan makin senang bakteria membiak . Ini akan menyebabkan kulit muka lagi teruk.

  • Jangan stop skin routine

Teruskan skin routine anda tetapi hindarkan menggunakan produk yang baru. Cari cleanser yang sesuai dengan kulit dan wajibkan pemakain sunscreen setiap hari.

  • Gunakan produk yang sesuai

Kalau kulit berminyak , pakai produk yang sesuai dengan kulit berminyak. Kalau kering pakai produk yang sesuai dengan kulit kering

  • Jangan buat masker kat rumah sendiri

Jangan letakkan lemon,kulit kayu manis ubat gigi kat muka dengan alasan jerawat cepat kecut. Ada sesetengah akan membuat jerawat kecut, tetapi parut yang tinggal akan makin banyak masa untuk sembuh. Please jangan letak.

  • Kalau breakout sangat teruk

Cepat-cepat berjumpa dengan doktor atau dermatologist untuk analyze korang punya skin dan mendapatkan nasihat.

Itu sahaja yang admin mampu sharekan. Selamat membaca !

*Setiap apa yang admin tulis adalah daripada pengalaman sendiri dan juga banyakkan membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *