Kebaikan Buah Epal Hijau

Assalamualaikum. Hari ni admin nak share sikit mengenai khasiat yang terdapat di dalam epal hijau. Antara epal hijau dan epal merah, kebanyakkan orang lebih gemar mengambil epal merah kerana rasanya yang manis manakala epal hijau lebih kepada masam-masam sikit.

Tapi harini admin nak bagitahu sikit antara khasiat yang terdapat di dalam buah epal hijau yang pasti ramai tidak tahu.

Buah epal hijau mengandungi banyak protein ,vitamin,mineral dan serat untuk badan. Semua ini dapat melegakan masalah peghadaman,mengurangkan kadar kolestrol dan menstabilkan kadar gula dalam darah .

Khasiat Buah Epal

Serat yang tinggi
SERAT

Serat yang tinggi akan membantu mencuci sistem dan meningkatkan metabolisma badan.Dengan sistem usus yang baik akan menjamin kesihatan yang berpanjangan

Tips: Disarankan untuk makan buah epal dengan kulitnya tanpa kupas

Mineral di dalam buah epal

Antara mineral yang terdapat di dalam epal hijau ialah zat besi , zink ,manganese, potassium dan banyak lagi. Mineral yang terdapat di dalam epal ini mampu meningkatkan peredaran oksigen di dalam dalam dan membantu meningkat kadar metabolik badan

Kurang Lemak
LEMAK

Perasan tak kebanyakkan produk detox mesti ada epal hijau.Epal ini sangat bagus untuk mengurangkan berat badan. Ia juga mampu mengekalkan peredaran darah yang sihat bagi mengurangkan risiko strok.

Kaya dengan vitamin C

Buah epal ini mengandungi Vitamin yang boleh mengelakkan daripada terkena kanser kulit

Menyihatkan kulit

Dengan kandungan vitamin yang tinggi , epal ini mampu mengekalkan tahap kesihatan kulit dan boleh mencerahkan kulit wajah

Menyelesaikan masalah kulit

Jika anda mempunyai masalah kulit yang berkait dengan kekurangan nutrisi. Anda patut amalkan pemakanan epal hijau.

Tips Pemilihan Epal

Semasa anda membeli epal hijau, buah yang terbaik ialah buah yang agak pejal , warna nya terang dan tidak mengalami kerosakan pada kulitnya. Jika anda beli di pasa raya , lebih baik beli biji demi biji berbanding membeli yang sudah dipaketkan.

Bagaimana cara menyimpan buah epal

Tempat terbaik untuk menyimpan sebarang buah ialah di dalam peti ais. Lebih baik jika anda balut buah tersebut di dalam beg plastik. Dengan cara ini , epal akan kekal segar sehingga 2-3 minggu.

Tips: Jangan makan biji buah epak kerana ia memudaratkan kesihatan anda

Buah epal ini sangat bagus untuk kesihatan dan kulit wajah kita . Banyak lagi khasiat yang terdapat di dalam epal hijau ini. Walaupun agak masam , tapi anda boleh variasikan cara penghidangannya mungkin lebih menarik untuk menikmatinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *