Cara pemilihan shade foundation mengikut warna kulit wajah

Mesti korang semua ada masalah untuk memilih warna foundation sesuai dengan kulit muka agar tidak kelihatan kelabu bila dipakai.

Bagi mereka yang baru ingin belajar atau kurang familiar dengan barang make up, anda pastinya mempunyai masalah untuk memilih foundation yang sesuai.

Jadi untuk memastikan anda memilih shade foundation yang sesuai pada kulit wajah , mari baca tips yang admin share dibawah.

Ketahui masalah kulit anda

Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza antara satu sama lain seperti kulit normal , kering, berminyak,kombinasi dan sensitif. Setiap produk foundation yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat akan nyatakan sama ada produk itu sesuai untuk kulit berminyak atau berjerawat

Kenali tona kulit anda

Selain itu, warna pembuluh darah anda dikategorikan kepada tiga warna :

  • Cool ( Pembuluh darah biru)
  • Warm (Pembuluh darah hijau )
  • Neutral (Pembuluh darah biru dan hijau)

Untuk Cool anda boleh memilih foundation yang berwarna merah jambu di dalam botol. Elakkan foundation yang berwarna kekuningan kerana akan kelihatan pucat.Bagi warm , pilih foundation yang nampak sedikit kekuningan dan bagi neutral , pilih gabungan warna kuning dan pink.

Calitkan sedikit foundation pada wajah

Kebanyakkan orang selalu mencalitkan foundation pada tangan. Untuk makluman , warna kulit pada muka dan tangan tidak sama. Anda perlu mencalit sedikit foundation pada wajah untuk memilih foundation yang sesuai.

Jangan memilih shade yang terang dari tona kulit

Untuk mereka yang berkulit gelap, elakkan memilih shade yang lebih cerah , pilih shade yang seakan warna kulit untuk kelihatan flawless.

Pemilihan jenis foundation

Foundation mempunyai pelbagai jenis tekstur seperti cecair gel , cream dan powder. Bagi admin, tekstur cecair yang lebih mudah diratakan di kulit berbanding tekstur yang kering. Cari foundation yang sesuai dengan aktiviti harian anda. Antara jenis foundation yang terdapat di pasaran:

  • Foundation jenis padat ( Sesuai untuk kulit yang berminyak )
  • Foundation jenis cecair (Sesuai untuk kulit kering kerana dia memberi kesan lembapan pada wajah )
  • Foundation jenis gel ( Sesuai untuk kulit kering dan normal)
  • Foundation jenis cream ( Semua jenis kulit)
  • Foundation jenis powder ( Sesuai dengan kulit berminyak )

Inilah cara untuk memilih foundation yang sesuai untuk kulit anda. Semoga info yang admin share akan bermanfaat buat anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *