PERSEDIAAN DIRI UNTUK MELANGKAH KE ALAM PERKAHWINAN

Assalamualaikum, sekarang dah nak masuk musim cuti sekolah kan ? Mesti ramai yang akan melangkah ke alam rumah tangga.

Harini admin nak share sikit beberapa tips persediaan ke alam rumah tangga .

Tapi sebelum tu , admin nak bagi tau tentang hukum dan objektif sebenar perkahwinan .Hukum nikah terbahahagi kepada lima iaitu wajib,sunat,makruh,harus dah haram. Objektif di dalam perkahwinan menurut islam ialah

  • Memelihara keturunan dan menjamin zuriat yang beriman mengikut landasan yang betul
  • Menyelamatkan manusia daripada kejahatan nafsu syahwat.
  • Mewujudkan satu ikatan kekeluargaan yang kukuh.

Di bawah ini adalah beberapa tips melangkah ke alam perkahwinan:

  • Persediaan Ilmu agama

Bakal suami atau isteri perlu kuat ilmu agama agar mereka memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing. Tunaikan solat lima waktu sehari kerana ia adalah tiang agama.

  • Kukuhkan ilmu rumah tangga

Selepas sudah mengukuhkan ilmu agama, bakal suami isteri haruslah membuat persediaan tentang ilmu rumah tangga. Ini adalah sangat penting bagi memantapkan diri dengan ilmu dan pengurusan rumah tangga.Antara ilmu yang bakal isteri dan suami harus pelajari ialah ilmu kewangan, pendidikan kanak-kanak dan pengurusan harta

  • Kuatkan mental menempuh alam perkahwinan

Bakal suami isteri haruslah sentiasa berfikiran positif dan banyakkan berdoa kepada Allah. Ini adalah masa anda mudah untuk diganggu oleh bisikan syaitan.Syaitan akan cuba untuk meruntuhkan masjid yang anda bina.Oleh itu sentiasa berfikiran positif dan mohon Allah permudahkan segala urusan agar perkahwinan berjalan dengan lancar

  • Pastikan mendapat restu orang tua

Ini adalah benda yang paling penting.Kebanyakan pasangan yang tisak mendapat restu daripada ahli keluarga akan berakhir dengan perpisahan

  • Membuat persediaan majlis

Buat senarai mengenai perancang majlis, katering dan sebagainya. Pastikan anda berbincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu

  • Jangan mengunkit masa lalu pasangan

Kita harusalah cuba menerima masa lalu pasangan walaupun ia menyakitkan.

  • Komunikasi secara berterusan dengan pasangan

Hari perkahwinan dah dekat, semua sibuk menguruskan persiapan masing-masing,. Oleh itu , jaga komunikasi anda dengan pasangan agar hubungan tetap terjalin dan mengelakan pentengkaran berlaku.

Itu saja tips persediann perkahwinan yang admin dapat share kan . Bagi sesiapa yang ingin berumah tangga pada tahun ini admin ucapkan tahniah dan kekal semoga ke jannah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *