MITOS ATAU FAKTA TENTANG KEHIDUPAN SEHARIAN

Hari ni admin nak lari sikit dari topik yang selalu kita bincangkan. Admin nak share mengenai mitos atau fakta yang selalu kita dengar dalam masyarakat.

Banyak kali kita dengar mengenai petua-petua yang berasal dari nenek moyang kita , tapi kita pon tak tau benda tu betul ke tak ?

Kat bawah ni admin sharekan beberapa kategori iaitu kecantikkan,kesihatan ,senaman dan lain-lain yang kita dapat kupas antara ia nya mitos atau fakta.

KESIHATAN

  • Tak baik makan selepas pukul 6 petang . Nanti berat badan naik

Sebenarnya anda perlu makan 3 jam sebelum anda tidur untuk mengelakkan anda terlampau kenyang sehingga lemak di dalam badan tidak digunakan.

  • Sebut sahaja mengenai lemak , semua tidak sihat

Lemak terbahagi kepada dua iaitu jahat dan baik. Lemak baik seperti ikan dan kekacang adalah baik untuk kesihatan manakala lemak jahat seperti minyak jagung atau zaitun yang digunakan untuk menggoreng pada suhu yang tinggi

Tips:Lemak baik bagus untuk hormon dan melambatkan proses penuaan.Lemak jahat meningkatkan risiko kanser

  • Karbohidrat boleh mengemukkan

Ramai yang diet tidak makan nasi dan tidak makan semua karbohidrat. Tetapi untuk kurus , anda perlu mengambil karbohidrat dengan kuantiti yang betul. Jika anda kurang bersukan,kurangkan kuantiti karbohidrat kerana ia akan bertukar menjadi lemak jika tidak digunakan.Manakala, jika anda kuat bersenam, anda perlu mengambil karbohidrat untuk mendapatkan tenaga.

KECANTIKKAN

  • Kalau bibir kering, jilat bibir

Ramai cakap kalau jilat bibir,bibir akan menjadi lembap tetapi sebenarnya air liur mempunyai enzim yang akan membuatkan bibir korang semakin kering.

  • Tak perlu pakai sunblock , bukan waktu panas pun

Sebenarnya, sunblock perlu dipakai walaupun pada hari hujan atau redup.Ini kerana sinaran UV akan menjadi lebih kuat ketika waktu mendung.

  • Coklat dan makanan berminyak menyebabkan jerawat

Faktor utama berlakunya jerawat di muka adalah disebabkan produksi minyak yang berlebihan pada muka dan tidak membersihkan wajah dengan baik.

BERSENAM

  • Bersenam ketika demam akan cepat sembuh

Bersenam ketika demam tidak memberikan kesan kepada sistem imunisasi kita. Anda perlu lebih fokus kepada mengambil pengambilan yang sihat dan berkhasiat.

  • Selaput dara pecah ketika hubungan kelamin yang pertama.

Selaput dara boleh pecah ketika kita melakukan aktiviti bersukan seperti berbasikal,gimnastik atau menunggang kuda.

LAIN-LAIN

  • Mandi waktu malam menyebabkan paru-paru berair

Mandi malam adalah mandi yang terbaik untuk membuatkan badan kita rasa tenang dan relex dan tidak mendatangkan penyakit paru-paru berair. Penyebab utama paru-paru berair adalah disebabkan kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung.

  • Minum kopi boleh mengatasi sembelit

Kopi mengandungi kafein yang tidak memiliki kesan untuk sistem pencernaan manusia.

.Ini adalah beberapa mitos dan fakta yang mampu admin share kan kepada anda . Selamat berhujung minggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *