TANDA- TANDA RESDUNG DI WAJAH

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus disebabkan oleh jangkitan kuman.

Selain dari perkataan resdung, ia juga dipanggil sinustitis / jangkitan sinus atau rinisinusitis.

TANDA RESDUNG

  • Lendir tebal di dalam hidung
  • Hidung tersumbat
  • Kerar bersin
  • Nafas bau
  • Mata gatal
  • Tidur berdengkur
  • Timbul jerawat
  • Sakit gigi dan sakit kepala
  • Mata berair

Jika anda batuk lebih teruk pada waktu malam dan berlarut kurang dari 4 minggu ia dikenali sebagai rinosinustitis akut dan jika ia lebih dari 12 minggu , ia di panggil rinosinustitis kronik.

Faktor- faktor terjadinya Resdung

  • Alahan

Sesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan pada bahagian muka dan rongga sinus dan mengakibatkan hidung tersumbat. Ada penghidap resdung yang mempunyai alahan dengan makanan laut, debu dan bulu binatang.

  • Bakteria

Jika selsema tidak sembuh 10 hari sehingga 15 hari , kemungkinan besar bakteria telah masuk kedalam sistem pertahanan badan anda.

  • Polip Hidung

Polip hidung adalah kecil,ketumbuhan yang membesar dari hidung atau tisu sinus. Ketumbuhan ini menyebabkan saluran sinus tersumbat lalu menghalang mukus dari keluar.

  • Pencemaran udara

Udara persekitaran yang kotor boleh menyebabkan batuk, ketidak selesaaan pada hidung dan menyebabkan keradangan serta meningkatkan risiko resdung

  • Jangkitan Kulat

Apabila sistem pertahanan rendah, fungi boleh hidup dan membesar di kawasan gelap dan basah seperti rongga hidung. Kulit ini dikenali sebagai Aspergillus. Jika anda mempunyai alahan yang teruk terhadap kulat, resdung anda akan bertambah kronik.

  • Kekurangan air

Pesakit yang mempunyai resdung dinasihati untuk minum air secukupnya untuk mengawal kelembapan di dalam rongga hidung. Ini kerana , mukus yang terperangkap dalam jangan masa yang panjang akan menyejat kandungan air di dalam rongga.

Petua Hilangkan Masalah Resdung

  • Minum banyak air putih , Elakkan daripada minum minuman yang manis , kafein serta alkohol
  • Tekupkan muka pada wap air yang hangat
  • Tuam tuala pada muka yang telah direndam di dalam air panas
  • Menggunakan aloe vera
  • Mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu
  • Pengambilan supplemen seperti produk JRM (MUSTANIR)

Harap apa yang admin share ini dapat membantu semua orang yang mempunyai masalah resdung !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *