CARA HILANGKAN EYEBAG BAWAH MATA

Definisi “EYEBAG”

Eyebag atau “Periorbital Puffiness” adalah keadaaan apabila tisu di sekeliling mata kita membengkak. Ia disebabkan oleh pembentukan cecair di bawah mata.Bengkak yang terhasil di bawah mata itu kita panggil sebagai eyebag.

Faktor terjadinya “EYEBAG”

Antara salah satu faktor yang kita selalu dengar adalah kerana tidur lewat serta tidak mencukupi.Banyak lagi faktor yang boleh menyebabkan kita mempunyai eyebag .

Penuaan
Penuaan ketika usia meningkat

Apabila seseorang individu semakin meningkat usia, kulit di sekitar mata akan menjadi nipis dan mungkin membengkak.

Menangis
Menangis

Garam yang terdapat di dalam air mata boleh menyebabkan kawasan mata penuh dengan tangkungan cecair

Penggunaan skin care di bawah mata
Penggunaan skin care

Pernah tak jumpa kandungan ini retinol,salicylic acid , glycolic acid di dalam skin care anda? Bahan ini mampu memperbaiki struktur kulit tetapi boleh menyebabkan kerengsangan kulit. Disebabkan kerengsangan ini berlaku pada kulit sekitar mata , itu menjadi salah satu punca berlakunya eyebag.

Bila berlaku gatal-gatal pada kulit, anda akan mula menggaru serta menggosok kawasan tersebut. Ini akan menyebabkan saluran darah bocor dan menyebabkan bawah mata nampak gelap dan kelihatan umpama lebam.

Diet
Diet yang seimbang

Pengambilan makanana diet mampu membuat badan kita kelihatan kurus. Kandungan sodium yang tinggi pada setiap makanan yang kita ambil mampu menjurus kepada eyebag dan membahayakan kesihatan sekiranya diambil terlampau banyak.

Tips: Pengambilan sodium mestilah cukup 1500mg dan tidak melebihi 2300mg

Gangguan Tidur
Masalah perubahan waktu tidur

Perubahan waktu tidur mampu menyebabkan eyebag. Terlebih tidur, tidur lewat juga merupakan faktor pembentukan eyebag

Cara menghilangkan eyebag secara semulajadi

  • Menggunakan lidah buaya

Sapukan gel aloe vera di bawah lingkaran mata dan urut untuk beberapa saat serta biarkan gel tersebut dalam 10-12 minit.Kemudian cuci guna kapas yang lembap

  • Cuka epal

Mineral dan vitamin yang terdapat di dalam cukup epal dapat mengembalikan kesegaran di bawah mata.Sapukan cuka epal di bawah mata dan biarkan kering.Jangan terkena pada mata. Cuci dengan air jika terkena dengan mata.

  • Tomato

Lycopene yang terdapat di dalam tomato mampu melindungi kulit dari kerosakan. Satu jus tomato campur dengan satu sudu jus lemon dan sapukan pada mata yang terjejas

  • Uncang teh hijau

Celup uncang teh hijau kedalam air dan sejukkan di dalam peti sejuk .Letakkan teh hijau pada mata dalam lebih kurang 15 minit.

Terdapat banyak lagi faktor dan rawatan untuk hilangkan eyebag pada mata anda. Tidur yang cukup amat membantu untuk mengelakkan daripada berlakunya eyebag.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *