KHASIAT SUSU KAMBING

Susu kambing adalah susu yang dihasilkan oleh kambing betina setelah melahirkan anak dalam jangka masa 0-3 hari. Susu ini mengandungi pelbagai zat gizi berbanding susu lembu. Susu ini dianggap mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.Kebanyakkan susu kambing terdapat di negara timur tengah.

KELEBIHAN SUSU KAMBING BAGI MERAWAT MASALAH KULIT

Menghilangkan Jerawat

Susu kambing mempunyai alpha hydroxy acid yang mampu menanggalkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan jerawat dan parut yang degil.Anda boleh gunakan sabun yang mempunyai susu kambing untuk menghilangkan jerawat di kulit wajah.

jerawat
Muka berjerawat
Proses Regenarasi Kulit

Regenarasi bermaksud sel kulit mati akan diganti dengan sel kulit yang baru. Sel kulit mati akan menyebabkan kulit anda kelihatan kusam.Jangka masa untuk menukar kulit berbeza dari setiap individu.Vitamin-vitamin yang terdapat pada susu kambing mampu memberikan proses regenarasi kulit.

Proses Penukaran Kulit
Merawat Masalah kulit

Menggunakan sabun yang mempunyai kandungan susu kambing amat sesuai untuk orang yang mempunyai masalah kulit kering atau ekzema.Hal ini kerana susu kambing boleh melembapkan kulit secara semulajadi , merawat kulit kering , kasar dan kusam.

Ekzema
Mencerahkan kulit

Sel-sel kulit mati akan membuatkan kulit menjadi kusam dan apabila sel kulit mti ditanggalkan , kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri secara semulajadi

Kulit Cerah
Sumber kalsium yang baik

Susu kambing mempunyai khasiat kalsium yang sangat tinggi. Jika susu kambing diambil secara konsisten ia mampu mencegah pereputan tulang, mengekalkan protein dan asid amino yang diperlukan di dalam badan.

Kalsium untuk badan
Khasiat untuk rambut

Untuk mendapatkan rambut yang sihat , lebat dan berkilau. Gunakan shampoo rambut yang mempunyai kandungan susu kambing. Susu kambing mampu membuat rambut lembut , menghilangkan rasa gatal pada rambut dan membuat kulit kepala lebih sihat.

Rambut Lebat
Sangat sesuai untuk wanita hamil

Susu kambing sangat baik diminum oleh wanita yang sedang hamil. Antara khasiatnya ialah , mampu menghalang anemia dan mampu mengimbangi ph badan.

Wanita Hamil

Seperti khasiat yang terdapat di dalam susu kambing sangat membantu masalah kulit, rambut , dan macam macam lagi, Oleh itu , ia adalah satu pilihan yang terbaik bagi pengguna yang ingin menyelesaikan masalah yang saya nyatakan di atas. Susu kambing boleh terdapat di dalam produk minuman, sabun, syampoo dan pelbagai lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *