RAWAT STRESS MENGGUNAKAN MINYAK AROMATERAPI

Aromaterapi semakin banyak digunakan sebagai perawatan alternatif untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti stress, sakit senggugut, gigitan nyamuk dan macam-macam lagi.

Aromaterapi ialah minyak yang diekstrak dari tumbuhan-tumbuhan dengan tujuan untuk meningkatkan kesihatan secara fizikal atau dalaman.Minyak yang digunakan diasaskan menggunakan pelbagai jenis tanaman herba , akar dan buah seluruh dunia.

Mannfaat minyak aromaterapi

Mengawal stress

Minyak aromaterapi yang diasaskan menggunakan minyak lavender mampu menenangkan seseorang jika berlaku kecemasan atau mengalami tekanan yang terlebih.

Aroma daripada lavender mampu mengendalikan sistem saraf yang bertanggungjawab mengawal stress fight dan flight.

stress

Tidur nyenyak dan mencukupi

Jika anda mempunyai masalah insomnia atau restless leg syndrome yang sering berlaku di malam hari , menggunakan minyak aromaterapi mampu membantu anda tidur.

Hidupkan diffuser sebelum anda tidur dengan minyak aromaterapi.

tidur

Merawat sukar bernafas

Beberapa minyak aromaterapi memiliki antiseptik yang mampu membersih kan udara daripada bakteria. Bakteria yang tersumbat atau terkena seseorang individu mampu mengganggu pernafasan .Ini telah menyebabkan seseorang itu batuk dan bersin.

Tea tree oil memiliki antiseptik yan mampu melegakan pernafasan anda.

loya

Melegakan rasa loya dan mabuk

Minyak aromaterapi juga mampu membantu mengatasi masalah mual dan morning sickness bagi wanita yang mengandung.

Selain itu , minyak aromaterapi ini juga mampu merawat ketika anda mengalami sengguggut, terkena gigitan serangga (nyamuk), migrain, kembung perut dan macam-macam lagi.

Cara-cara penggunaan aromaterapi

Menggunakan diffuser

Jika anda ingin rumah , pejabat atau bilik anda dipenuhi dengan bau-bauan aromaterapi , anda boleh menggunakan diffuser.

Diffuser ini akan mencampurkan minyak terapi dan air akan dipanaskan dan tersebar dalam ruang bilik.

Kaedah wap

Antara penyakit yang boleh diubati oleh aromaterpi adalh masalah pernafasan .Gunakan mangkuk yang besar , masukkan air panas dan beberapa titis minyak aromaterpi.Kemudian letakkan kepala atas mangkuk dan tarik nafas perlahan-lahan dan letakkan tuala di atas kepala dan menutupinya.

Minyak aromaterapi merupakan pilihan rawatan kesihatan yang mampu memberikan ketenangan kepada seseorang dengan cara yang mudah.JRM juga ada keluarkan produk Seven sea aromaterpahy oil yang mampu memberikan ketenangan kepada anda , murah , dan boleh dibawa kemana mana sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *