Cantik bukan sekadar rupa

Kebanyakkan wanita sangat mementingkan kecantikan wajah sahaja kerana wajah ialah benda pertama yang orang pandang.

Bagi mereka yang sudah bersuami, kecantikkan wajah dan dalaman sangat penting bagi menjamin  kebahagian hingga akhir hayat. Pada zaman sekarang ,kebanyakkan wanita yang sudah berkahwin sangat kurang mementingkan kecantikkan luaran dan dalam kerana terlalu sibuk menguruskan rumah tangga sehingga mengabaikan diri sendiri.

 

Kecantikkan itu sangat subjektif kerana semua wanita yang dilahirkan di dunia ini cantik dan mempunyai keistimewaan sendiri. Kecantikkan wanita itu terserlah apabila mereka yakin dan selesa dengan diri sendiri. Kecantikkan sebenar akan terpancar bermula daripada hati bersih , fikiran tenang.

Kecantikkan pada wajah ialah bonus bagi seseorang wanita. Tetapi kebanyakkan wanita lebih mengejar untuk mendapatkan pakej kecantikkan . Pakej kecantikkan yang dimaksudkan ialah kecantikan luaran dan dalaman yang membentuk personaliti dirinya menarik.

 

Selepas berkahwin , cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada aspek fizikal atau luaran seorang isteri saja, apa yang lebih penting bagi yang sudah berkahwin adalah tanggungjawab dan sikap. Tetapi , wanita pula jangan lupa untuk mencantikkan luaran dan dalam supaya suami lagi sayangg gituuu

 

Petua Kecantikkan Dalaman Wanita

  • Rebusan Serai dan halia

Rebus 3 batang serai dan 4cm halia dan minum ketika air menjadi suam. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu. Ini dapat menghilangkan letih dan lenguh-lenguh badan, mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi dan juga penjagaan dalaman wanita.

  • Rebusan daun sireh

3 hingga 5 helai daun sireh peru direbuskan dengan 3 gelas air sehingga menjadi segelas selepas mendidih. Ini sangat membantu menghilangkan bau badan  dan sakit urat.

Image result for daun sirih

Selain daripada minuman, menjaga kecantikkan , kulit dan kehormatan diri juga adalah antara tips untuk menjaga kecantikkan dalaman. Di samping itu, senaman dan penjagaan makanan juga menyumbang kepada kecantikkan  dalam wanita seseorang.

Related image

Harap tips ini dapat membuatkan anda kelihatan lebih cantik luaran dan dalaman:)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *