Hormon dan Wanita

Kebanyakkan wanita tidak memahami maksud hormon. Jika wanita selalu ‘bad mood’ akan dikaitkan dengan masalah gangguan hormon . Hormon adalah zat penting dalam tubuh manusia dan mempunyai fungsi yang berbeza,

Definisi Hormon

Hormon adalah zat kimia yang terdapat di dalam badan manusia dan mempengaruhi kebanyakkan sistem utama dan proses dalam tubuh seperti:

  • Percernaan makanan
  • Penyerapan zat gizi
  • Reproduksi
  • Pertubuhan
  • Nafsu makanan,suhu badan, degupan jantung dan lain-lain

Hormon adalah zat yang mengalir di dalam darah dan terus ke organ dalaman manusia.Zat ini sangat mempengaruhi bagi fungsi tubuh, jika sedikit sahaja jumlah hormon berubah dia sangat mempengaruhi satu badan manusia.

Wanita dan Hormon

Antara hormon yang terdapat pada wanita:

  • Progesteron

Hormon ini memberi kesan kepada kitaran haid dan ovulasi . Apabila wanita ovulasi, hormon ini akan membantu menyediakan lapisan dalaman rahim untuk menerima telur yang telah disenyawakan oleh sperma. Walaupun ia memainkan peranan yang penting, tetapi hormon ini membuat semua wanita kurang selesa.Sebagai contoh, wanita akan mengalami kembung perut,sakit pada payudara, munculnya jerawat,perubahan emosi sebelum datang haid atau selepas haid

  • Estrogen

Hormon ini dihasilkan oleh ovari , sebahagian kecil dihasilkan oleh korteks adrenal dan plasenta pada wanita yang sedang hamil.Hormon ini membantu perkembangan dan perubahan badan pada waktu puberty termasuk perkembangan seksual, memastikan perjalanan ovulasi dalam kitaran haid , pengeluaran susu ibu selepas bersalin dan pengaruh dalam menentukan mood dan juga proses penuaan. Penurunan pengeluaran estrogen boleh menyebabkan pelbagai gangguan seperti haid tidak teratur,kekringan faraj, perubahan mood dan osteoporosis pada wanita tua.

  • Testosteron

Kadar testosteron di dalam tubuh wanita lebih sedikit berbanding pada tubuh lelaki namun ia juga memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan wanita.Dengan hormon ini, ghairah seks wanita akan terjga dengan baik dan tulang sentiasa sihat dan menjaga kognitif.

  • Luteinizing Hormone

LH pada wanita membantu badan mengatur kitaran menstruasi dan ovulasi .Hormon ini juga mempunyai peranan dalam masa puberty. Hormon ini terletak di kelenjar hipofisis di otak. Kadar hormon LH pada wanita akan meningkat semasa menstruasi dan selepas menopaus.

  • Follicle Stimulating Hormone

Hormon FSH juga terletak di kelenjar hipofisis dan berperanan dalam reproduksi sistem. Hormon ini membantu mengedalikan kitaran menstruasi dan pengeluaran sel telur dan ovarium. Hormon kadar FSH yang rendah boleh menandakan wanita tidak mengalami ovulasi, hipofisis tidak menghasilkan hormon dengan cukup atau boleh juga menandakan kehamilan. Jika hormon FSH tinggi , boleh menandakan wanita itu telah memasuki masa menopaus, ada tumor di kelejar hipofisis atau mengalami turner syndrome.

 

Cara menjaga keseimbangan hormon

  • Makan makanan yang sihat (sayur-sayuran,buah-buahan, susu rendah lemak dan protein)
  • Hindari daripada makan yang tinggi kalori ,gula serta lemak berlebihan.
  • Perbanyakkan senaman .
  • Tidur yang cukup dan elakkan stress
  • Kurangkan alkohol dan minuman berkafein.

 

 

Oleh itu, kita perlu menjaga kesihatan sekaligus mengimbangkan hormon dalaman dan tubuh badan kekal sihat 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *