Apa itu Cyst?

Penyakit Cyst adalah ketumbuhan yang mengandungi cecair sama ada air,cecair bercampur protein , darah beku ,darah haid ,minyak,lemak dan lendir. Ia juga disertai dengan daging yang mungkin jenis kanser,rambut,cartilage ,tulang dan lain-lain.

Jenis Cyst

  • Follicular Cyst

Follicular cyst terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepaskan ovum. Ia terus berkembang dan membesar. Csyt ini mudah hilang dalam masa singkat 1-3 bulan. Ia dikategorikan sebagai functional cyst yang terjadi ketika ovari masih berfungsi atau ketika ovulasi.

  • Corpus Luteal Cyst

 

Corpus luteal cyst ialah sejenis cyst ovari yang mungkin pecah ketika waktu haid dan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk hilang sepenuhnya. Cyst ini jarang berlaku pada wanita yang berusia lebih dari 50 tahun., kerana telur tidak lagi dibebaskan selepas menopause.Cyst ini mengandungi darah dan cecair lain.

 

  • Hemorrhagic Cyst

Hemorrhagic cyst terjadi apabila apabila pendarahan berlaku di dalam cyst. Simptom yang terjadi jika anda mempunya hemorrhagic cyst ialad sakit perut pada satu sisi badan.

 

Simptom-simptom Cyst 

  • Sakit tanpa henti dibahagian pelvik
  • Kembung perut tak terkawal
  • Rasa kenyang dan perut penuh
  • Sakit ketika melakukan seks
  • Rasa nak terkencing sepanjang masa

 

Cara mencegah cyst

  • Lebihkan makan sayur-sayuran
  • Banyakkan makan ikan salmon,tuna dan ikan kembung kerana ia kaya dengan vitamin D (Berupaya mengecilkan saiz cyst)
  • Kawal berat badan . Wanita yang mengalami obese dan overweight berpotensi mendapat cyst
  • Amalkan minum teh hijau kerana teh hijau kaya dengan antioksidan
  • Kurangkan pengambilan daging merah
  • Selalu bersenam

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda !

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *