Manfaat Pokok Akasia

Pokok Akasia merupakan sejenis pokok dalam jenis Acacia yang di bawa dari Australia ke negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia. Pokok akasia bertujuan untuk penghasilan kayu dan pulpa bagi menghasilkan kertas. Lebah juga sangat menyukai pokok akasia ini dan madu yang diperolehi daripada pokok ini dikenali sebagai madu akasia.

Madu lebah akasia ini telah mula dikenali ramai sebagai madu lebah yang terbaik diantara beberapa jenis madu lebah tempatan atupun import.Pokok akasia akan berbunga setelah mekar dan benih dapat dituai iaitu sekitar 24 bulan setelah penanaman.Bunga dari pokok akasia yang banyak dikeluarkan amat sesuai untuk dikunjungi oleh lebah.

Madu terbahagi kepada dua bahagian iaitu nektar debunga dan jenis lebah. Nektar debunga terdapat dalam dua bentuk iaitu bermusim dan tidak bermusim. Nektar dari pokok akasia ialah nektar yang tidak bermusim( sepanjang tahun) . Nektar debunga yang tidak bermusim lebih menghasilkan dan meningkatkan kualiti madu yang baik.

Madu lebah dari pokok akasia mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin.Antaranya ialah B6,tiamina,miacin,ribotlorina dan asid potohenic. Selain itu madu akasia juga mengandungi pelbagai vitamin seperti B1,B2,C,B6 dan B3. Khasiat yang berada di dalam madu akasia ini sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia.

 

Kebaikan Madu Akasia :

  • Merawat semput
  • Masalah haid tidak teratur
  • Letih dan cepat lesu
  • Sakit Pinggang
  • Batuk Kering
  • Darah Tinggi
  • Sakit mata
  • Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
  • Melancarkan peredaran darah

 

Madu Akasia  mempunyai rasa yang sangat manis dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan dicampurkan dalam pelbagi resipi masakan anda.

Semoga pengetahuan ini dapat dikongsi bersama !

 

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *