Petua Mengurangkan Sakit Senggugut

APA MAKSUD SENGGUGUT?

Senggugut adalah kesakitan yang dialami oleh wanita di bahagian bawah perut atau pelvis ketika datang haid. Senggugut terbahagi kepada dua bahagian senggugut primer dan sekunder.

Senggugut Primer

Kebanyakkan berlaku pada perempuan ketika remaja dan tidak mempunyai kesan ke atas pelvis dan rahim. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.

Senggugut Sekunder

Senguggut ini mempunyai kesan di bahagian pelvis dan rahim dan selalunya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

 

Rawatan dan Cara Hilangkan Senggugut

PERGERAKAN

Banyak bergerak seperti olahraga atau jogging boleh membantu badan dan membuang      hormon endorphins yang mampu meredakan kesakitan krem dalam perut.

JANGAN MINUM KOPI DAN MINUMAN BERGAS

Kopi mempunyai kafein yang meningkatkan tekanan darah. Minuman bergas dikatakan sangat tajam dan boleh menyebabkan usus perut terluka dan semakin nipis akibat minuman bergas

PERBANYAKKAN MINUM AIR SUAM

Apabila haid kandungan air dalam badan pasti berkurang dan kerana kurang air juga mampu menjadi penyebab sakit senggugut dan perut kembung.Minum air suam sebanyak-banyaknya ketika haid.

TUAM AIR PANAS

Mengisi air panas ke dalam botol yang sesuai dan letakkan di atas perut.

 

*JIKA SENGGUGUT ANDA TERLAMPAU TERUK SILA DAPATKAN RAWATAN YANG SESUAI

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *