Tubuh Pear , Pisang atau Epal?

Kenapa senaman tak kurus pun ? Kenapa dah minum ini itu tetap tak kurus ? Kenapa dah diet tetap tak kurus? 

Bagi menjawab persoalan itu, anda perlu mengetahui bentuk tubuh anda terlebih dahulu sebelum melakukan senaman ataupun diet.Jika anda sudah mengetahui bentuk badan anda , lebih mudah untuk ketahui senaman sepatutnya dan jenis pemakanan yang perlu diambil.

Bentuk tubuh badan kita terbahagi kepada tiga epal,pisang dan pear. Tubuh berbentuk epal lebih cenderung untuk memiliki lemak badan berlebihan pada kawasan pinggang,lengan dan dada serta lemak pada bahagian punggung dah peha adalah sedikit.

Manakala untuk orang yang bertubuh badan pear mempunyai kandungan lemak yang lebih banyak pada bahagian bawah .Lemak yang banyak berkumpul pada bahagian peha,punggung dan peha.

Bentuk jenis pisang pula mempunyai kandungan lemak yang agak setara jumlanya ,kenaikkan berat badan membuat mereka berisi pada lengan dan betis juga.

Jumlah masa bagi menurunkan berat badan bagi wanita berbentuk epal biasanya lebih singkat daripada pear dan pisang

 

BENTUK TUBUH EPAL

Lemak yang terkumpul dibahagian tengah lebih mudah dilepaskan ke dalam aliran darah , di mana ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Latihan kardiovaskular adalah penting bagi wanita yang bertubuh epal kerana ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan jantung dan membakar toksin lemak badan.

Memiliki bentuk badan epal membuatkan anda lebih terdedah kepada isu sindrom metabolik, meningkatkan risiko terkena serangan jantung , strok dan kencing manis.

 

Sebarang aktiviti berirama,berulang-ulangan dan berimpak rendah yang membuatkan wanita berbadan epal menggerakkan badan dan berpeluh selama sekurang-kurangnya 20 minit, ia sudah mencukupi untuk memberikan pelbagai manfaat.

Bagi pemilihan makanan pula, pastikan kuantiti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan  mengisi separuh hidangan anda, serta tambahkan kandungan protein.

 

BENTUK TUBUH PEAR

Keseimbangan estrogen adalah penting  bagi mencapai dan mengekalkan kadar penurunan berat badan  bagi wanita yang bertubuh pear. Bagi golongan ini lemak banyak terkumpul di bahagian pinggul,pinggang dan perut.Estrogen yang berlebihan adalah satu  faktor yang meyebabkan obesiti.

Seseorang yang mempunyai bentuk tubuh badan pear lebih sering mengalami estrogen berlebihan . Terlalu banyak estrogen akan menyebabkan kenaikan lemak toksik,pengekalan air,kembung perut dan pelbagai masalah kesihatan lain.

Beberapa makanan yang perlu dielakkan bagi wanita bertubuh pear :

  • tauhu
  • kopi yang berlebihan
  • pasta
  • lemak yang berbahaya : marjerin,minyak sayur-sayuran

Beberapa makanan yang perlu diambil bagi wanita bertubub pear:

  • Flaxseed
  • Brokoli
  • Produk tenusu
  • Articok / Rapini
  • Tauge

 

Squat adalah senaman terbaik bagi wanita yang bertubuh pear.

 

BENTUK TUBUH PISANG

 

Bentuk pisang sering berlaku apabila lemak berkumpul pada perut dengan banyak.Lemak jenis ini yang berkumpul pada perut mula mendominasi bentuk tubuh,perlahan-lahan ia menyebabkan rangka tubuh kehilangan bentuknya dan sukar untuk mengayakkan pakaian yang menampakkan bentuk badan.

Tubuh badan bentuk pisang banyak berlaku kerana faktor pemakanan,tidak cukup senaman atau kerosakan hormon.

Senaman yang boleh dibuat bagi seseorang bertubuh pisang “lift and twist crunch”, the hundred exercise”,”sitting spinal twist “, “rising V” dan plank.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *