Cara Memicit Jerawat dengan Betul

Assalamualaikum dan selamat pagi!  Harini admin nak share sikit cara memicit jerawat dengan betul! Sumber daripada post ini adalah daripada pengalaman admin sendiri ke sebuah talk mengenai penjagaan muka. Jadi, harap entri ini dapat membantu!

Tahukah anda, sepatutnya jika ada jerawat, kita tidak digalakkan untuk memicitnya? Ini adalah kerana memicit jerawat boleh menyebabkan jerawat makin teruk jika salah caranya. Punca menjadi teruk adalah kerana luka jerawat kita boleh terkena jangkitan dan meninggalkan kesan. Tapi, amat susah untuk menghalang diri dari memicit jerawat. So disini, admin nak share cara terbaik untuk memicit jerawat.

1.Pastikan muka bersih

Sebelum memicit jerawat, pastikan anda telah mencuci muka anda dahulu dan lap menggunakan kain yang bersih.

2.Wap muka anda jika perlu

Ini adalah step untuk mengembangkan pori-pori anda secara sementara. Kalau nak buat, boleh buat. Kalau susah nak buat, tak wajib. Jika anda hendak mengeluarkan white head dan black head, boleh cuba wapkan muka anda dahulu. Kerana akan jadi lebih mudah untuk mengeluarkan.

3.Pastikan jerawat dah masak

Jerawat yang hendak dipicit ini mestilah sudah masak dan sudah bernanah. Jangan sentuh jerawat yang baru tumbuh kerana akan meninggalkan kesan! Cara yang selamat adalah dengan mengambil jarum dan cucuk di bahagian nanah, jika kita picit terus untuk memecahkan, lebih banyak tekanan akan digunakan. Pastikan jarum dalam keadaan bersih.

4. Bersihkan menggunakan kain bersih/kapas

Lap nanah dan darah daripada jerawat tadi dan elakkan daripada terkena kawasan kulit wajah yang lain. Cuci muka anda dan pastikan tiada sedikit pun cecairan yang tertinggal. Ini kerana boleh mengakibatkan jerawat tumbuh di kawasan yang terkena. Jika darah tidak berhenti, tekup kawasan berdarah dengan kapas dan sentiasa bersihkan sehingga darah berhenti.

Selamat mencuba!

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *