APA ITU GOUT DAN TANDA GOUT

Pernah dengar tentang penyakit gout?? Gout itu adalah sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Bahan kumuhan ini akan dibuang dari badan kita melalui air kencing.

Asid urik yang berlebihan dan tidak dibuang boleh menyebabkan ia berkumpul didalam sendi. Penyakit Gout adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu lagi.

Pada zaman dulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, akan tetapi kini bidang perubatan semakin maju, oleh itu gout dapat dikawal.

Gout sering berlaku dalam kalangan lelaki yang berumur 30 hingga 60 tahun. Wanita jarang menghidap gout sebelum menopause.

TANDA-TANDA GOUT

  • Selalunya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu Jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit
  • Berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman
  • Sendi yang diserang rasa bisa hingga bergeseran dengan selimut akan rasa sakit
  • Sakit mungkin akan berlarutan berhari-hari atau sekurangnya 1 hingga 2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin akan menyerang semula selepas berminggu atau berbulan
  • Gout boleh serang sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

CARA MERAWAT GOUT

Gout memang akan sembuh akan tetapi anda perlulah mengambil langkah berjaga.

Rawatan serangan akut

  • Rehatkan sendi semasa serangan gout
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk kurangkan sakit dan keradangan sendi.
  • Ubatan lain seperti Colchicine juga boleh diambil.
  • Steroid

Rawatan Jangka panjang

  • Jaga berat badan
  • Elakkan ambil minuman keras
  • Elakkan makan makanan yang mengandungi purin yang tinggi.

CARA MENCEGAH GOUT

  • Ubah cara hidup
  • Amalkan gaya hidup yang sihat
  • Apabila mengambil allopurinol ia perlu diambil secara berterusan
  • Jangan ubah atau hentikan dos allopurinol semasa serangan gout
  • Banyakkan minum air kosong

Orang yang menghidap penyakit gout perlulah elakkan makan makanan seperti

  • Organ dalaman
  • Ikan bilis, kembung dan sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercangkerang seperti ketam, udang dan kerang

Mereka juga perlu kurangkan makan makanan seperti

  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans dan peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin

Produk JRM yang boleh mengurangkan sakit gout adalah MUSTANIR.

Bagi mendapatkan Mustanir  bole wassup  : KLIK DISINI

Lebih info berkenaan produk produk jamu ratu malaya bole mengikuti setiap perkembangan melalui

FB : http://www.facebook.com/jamuratumalaya-jrm.my

 

IG : https://instagram.com/jrm.senawang

#teamnogoriohsam

#familyjrmns

#jrmns

#jamuratumalayanegerisembilan

#jamuratumalaya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *