PENJAGAAN LUKA CAESAREAN

Bersalin secara caesarean adalah mudah akan tetapi penjagaan luka caesarean adalah tidak semudah penjagaan luka bersalin. Tanyalah pada wanita yang mengandung, mereka ingin bersalin secara caesarean atau secara normal, percayalah mereka akan pilih bersalin secara normal.

Doktor akan sarankan bersalin secara caesarean atas beberapa faktor. Antara faktor yang wanita perlu bersalin secara caesarean adalah :

  • Plasenta Previa

Iaitu plasenta tetap berada di bahagian bawah rahim atau dekat dengan serviks hinggakan ia telah menutup laluan bayi keluar.

  • Plasenta Luruh

Ia adalah plasenta terpisah dari dinding rahim yang berlaku sebelum waktu bersalin dan ini akan menyebabkan berlakunya kelahiran bayi pramatang.

  • Kehamilan Songsang
  • Tali Pusat Jatuh

Tali pusat jatuh berlaku apabila tali pusat terkeluar melalui serviks dan vagina sebelum bayi dilahirkan.

  • Bayi Lemas
  • Bukaan Lambat
  • Ulangan

Ia adalah bagi wanita yang pernah bersalin secara caesarean.

  • Masalah Darah Tinggi atau Kencing Manis
  • Masalah Tumbesaran Bayi
  • Bayi Kembar

Luka Caesarean perlulah dijaga dengan rapi kerana luka tersebut boleh terbuka semula atau tidak baik walaupun telah beberapa bulan.

FAKTOR-FAKTOR LUKA TERBUKA SEMULA

  • Jangkitan kuman pada luka
  • Ibu obesiti
  • Ibu yang mengalami anemia
  • Kurang mengamalkan kebersihan diri
  • Kurang minum air
  • Pemakanan berpantang tidak seimbang
  • Terlalu lasak
  • Sapu atau meletakkan minyak diatas luka

TANDA-TANDA LUKA TERBUKA

  • Sakit pada bahagian luka
  • Ibu demam
  • Luka merah dan bernanah
  • Luka keluar cecair

CARA-CARA MEMASTIKAN LUKA CEPAT BERCANTUM SEMULA

  1. Selepas mandi, pastikan anda mencuci luka anda dengan betul.
  2. bersihkan luka jahitan anda dengan menggunakan alkohol terlebih dahulu sehinggabersih.
  3. Apabila anda telah yakin luka anda telah bersih, sapukan luka anda dengan ubat kuning dan antibiotik pada luka gunakan putik kapas.
  4. Kemudian keringkan ubat yang telah sapu tadi dan kawasan luka anda.
  5. Tutup luka anda menggunakan balutan yang dibekalkan oleh hospital.

Pada bulan pertama anda perlulah lebihkan berbaring kerana apabila anda banyak duduk ia akan menyebabkan perut tertekan dan pada masa yang sama akan menekan bahagian luka anda sekali. Anda juga perlu elak daripada membongkok apabila ingin mengambil barang. Selain itu, elakkan juga daripada ketawa atau bercakap kuat kerana ia akan menyebabkan anda menggunakan banyak tenaga dari perut.

Produk JRM yang boleh membantu mempercepatkan luka sembuh adalah MUSTANIR.

 

Bagi mendapatkan Mustanir  bole wassup  : KLIK DISINI

Lebih info berkenaan produk produk jamu ratu malaya bole mengikuti setiap perkembangan melalui

FB : http://www.facebook.com/jamuratumalaya-jrm.my

 

IG : https://instagram.com/jrm.senawang

#teamnogoriohsam

#familyjrmns

#jrmns

#jamuratumalayanegerisembilan

#jamuratumalaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *