JENIS-JENIS SANTAU

Santau adalah perkataan yang telah biasa didengar oleh masyarakat kita. Santau adalah merupakan sihir dimana ia menggunakan bahan-bahan santau disamping ianya disertai dengan jampi untuk meminta jin berdamping dengan bahan santau tersebut.

Dalam kes santau, kita boleh dengar bahawa ada yang maut disebabkan santau. Bagi sesiapa yang terkena santau, mereka akan menderita akibat daripada kesakitan fizikal yang kronik seperti batuk berdarahm batuk yang berpanjangan, kerosakan jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu dan juga gangguan emosi.

Keadaan yang kritikal akan dihadapi mangsa dalam masa yang panjang hingga boleh membawa kepada bertahun-tahun. Anda perlu tahu bahawa santau boleh dilepaskan secara terbuka di tempat-tempat terbuka seperti kedai makan.

JENIS-JENIS SANTAU

Santau terbahagi kepada beberapa jenis antaranya adalah :

  • Santau makan dan minum

Santau ini adalah ramuannya telah siap dimasukkan secara zahir, samada secara ghaib dengan bantuan jin atau oleh manusia.  Bagi sesiapa yang mengambil makanan atau minuman yang telah disantau akan terkena racun santau tersebut.

  • Santau Angin

Santau jenis ini pula adalah dengan cara ‘ditujukan’ kepada mangsa hanya dari jarak jauh. Ia menggunakan bantuan jin ataupun dengan menggunakan teknik pandangan mata (‘ain) dengan hanya memerhatikan mangsa dari jauh. Santau jenis ini selalunya ia tidak memerlukan penggunaan makanan dan juga minuman. Ramuan santau tersebut akan dimasukkan secara ghaib  ke dalam badan mangsa tanpa disedari. Santau ini akan dituju terus ke bahagian perut atau dada mangsa.

  • Santau Tuju

Santau jenis ini selalunya dilakukan oleh dukun yang mempunyai ilmu hitam yang bertaraf tinggi. Santau ini amat kuat dan boleh membuat mangsa mati dengan serta merta atau sekurang-kurangnya penyakit yang kronik akan menyerang mangsa seperti muntah darah dengan serta merta. Santau jenis ini selalunya dilakukan selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut, atau barang peribadi mangsa.

  • Santau Langkah

Santau ini pula dikenakan kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain yang telah dibaca mentera jin dan syaitan di pintu rumah, bawah tangga atau pintu pejabat mangsa. Mangsa yang melangkah benda tersebut akan terima kesan seperti kesan santau angin.

  • Santau Batuk

Santau jenis ini adalah peringkat awal mereka yang terkena santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah mendapatkan rawatan moden. Kadangkala batuk tersebut akan diikuti dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakan organ. Mangsa yang terkena santau ini mempunyai peluang yang besar untuk sembuh dengan mendapatkan rawatan islam dengan segera.

Produk JRM yang mampu membantu merawat sihir (dengan izin ALLAH  swt) adalah MUSTANIR.

 

Bagi mendapatkan Mustanir  bole wassup  : KLIK DISINI

Lebih info berkenaan produk produk jamu ratu malaya bole mengikuti setiap perkembangan melalui

FB : http://www.facebook.com/jamuratumalaya-jrm.my

 

IG : https://instagram.com/jrm.senawang

#teamnogoriohsam

#familyjrmns

#jrmns

#jamuratumalayanegerisembilan

#jamuratumalaya

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *