PENAT & LESU MENJEJASKAN AKTIVITI HARIAN

Pernah tak anda rasa lesu dan penat sahaja sepanjang hari?! Kerja anda terganggu apabila anda rasa penat dan lesu, betul tak??

Anda mesti tertanya kenapa anda masih lagi rasa penat dan lesu walaupun anda telah tidur secukupnya.

PUNCA LESU DAN PENAT

  • KURANG MINUM AIR

Badan kita amat memerlukan air yang secukupnya. Jika badan kurang air, darah akan menjadi pekat dan ia akan menyebabkan darah itu lambat untuk ke seluruh badan. Pada masa yang sama, jantung kita akan berdegup lambat dan ia boleh menjejaskan pengaliran oksigen dan nutrisi ke seluruh badan. Oleh itu, badan kita akan rasa letih dan lesu disebabkan kekurangan oksigen dan nutrisi yang secukupnya.

  • TIDAK MENGAMBIL/LEWAT SARAPAN

Kebanyakkan orang tidak mengambil berat tentang sarapan disebabkan sibuk dengan pelbagai urusan. Ikutkan anda perlu sarapan selepas sejam bangun tidur. Bila badan anda tidak ada makanan, maka ia akan menyebabkan badan anda letih dan juga lesu disebabkan kekurangan tenaga.

  • KURANG PENGAMBILAN ZAT BESI

Anda perlulah mengambil lebih makan makanan yang kaya dengan zat besi. Jika badan anda kekurangan zat besi ia akan menyebabkan badan anda penat dan lesu.

  • TERLALU BANYAK MAKAN MAKAN SEGERA

Jika anda jenis yang suka makan makanan segera dan terlalu banyak makan makanan segera boleh menyebabkan badan anda rasa lesu dan penat disebabkan kandungan gula dan garam didalam badan anda tinggi menyebabkan nutrisi dalam badan anda kurang.

  • TERLALU BANYAK BERFIKIR

Apabila anda terlalu banyak tekanan dan juga bebanan ia menyebabkan anda terlalu banyak berfikir. ia akan mengakibatkan mental anda cepat penat dan mengganggu badan secara keseluruhan.

  • TERLALU MAHU MENJADI PERFECTIONIST

Apabila sifat perfectionist anda terlalu kuat maka anda  cenderung untuk melakukan sendiri sesuatu perkara hingga menjadi sempurna, hasilnya anda akan merasa letih dari segi emosi dan tenaga.

  • MEJA TERLALU BERSELERAK

Mengikut kajian  dari University Princeton, ia mendapati bahawa meja kerja yang berselerak boleh menyebabkan anda tidak focus dengan sebaiknya. Ini akan membuatkan badan anda lagi cepat letih kerana gangguan di sekeliling anda.

  • MEMIKIRKAN HAL PEJABAT MESKIPUN SEDANG BERCUTI 

Anda terlalu memikirkan hal kerja walaupun anda sedang bercuti. Pada waktu cuti, anda patutnya merehatkan fikiran dan badan anda.

  • LEKA MELAYARI INTERNET SEBELUM TIDUR

Mata sudah mengantuk tetapi masih lagi melayari internet di telefon bimbit. Ia akan membuatkan anda lambat tidur dan membuatkan anda berasa letih dan lesu pada keesokkan hari.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *