LUKA YANG MACAM MANA PERLU GUNA ICE PACK ATAU HEAT PACK??

nda pernah tak tengok kat Farmasi ada jual Heat Pack dengan Ice Pack ?! Bila anda cedera time sukan anda akan nampak akan ada orang yang akan bagi bantuan dekat ahli sukan yang cedera. Anda akan nampak mereka letak Ice Pack. Fungsi Ice Pack dan Heat Pack adalah sama iaitu redakan kesakitan.

Anda tahu tak bila perlu guna Ice Pack dan bila perlu guna Heat Pack ?! 

Bagi orang yang pertama kali cedera, ia disarankan menggunakan Ice Pack. Ini kerana pada masa itu luka. Apabila anda luka, bahagian dalam bengkak, dan darah anda pecah, apabila darah pecah ia akan berlaku keradangan. Bila luka tu keradangan itulah yang orang selalu cakap lebam dan bengkak.

Kalau anda letak Heat pack, ia akan buatkan bahagian luka tu lagi banyak darah dan luka anda akan lagi susah nak sembuh. Heat Pack akan kembangkan saluran darah anda dan kawasan yang luka tu akan lagi banyak darah. Oleh itu, anda disarankan guna Ice Pack. Ice Pack ni dapat kecutkan darah anda dan kurangkan bengkak anda.

Akan tetapi jika selepas dua hari luka anda sakit balik, anda patut menggunakan Heat pack. Ia kerana keradangan bahagian luka anda dah kurang. Ini kerana anda perlukan Heat Pack untuk memanaskan bahagian luka anda untuk berikan darah anda lancar supaya luka anda sembuh.

Anda juga kena lihat jika penyakit kronik seperti artritis ia perlu menggunakan Heat Pack. Jadi jika luka anda bengkak dan berdarah bahagian dalam anda letakkan Ice Pack supaya darah dapat kecut.

BAGAIMANA NAK GUNAKAN ICE PACK DAN HEAT PACK?

Dua-dua jenis pack ini tidak boleh letak terus keatas kulit, ia kerana kita tak dapat tahan dengan suhu yang extreme. Oleh itu, anda perlulah lapikkan kain sebelum letakkan Ice Pack atau Heat Pack. Kalau bagi anda suhu dia tak extreme bila letak terus keatas kulit anda maka anda boleh sahaja letak terus ke atas kulit anda tanpa lapik dengan kain.

Selain itu, anda juga kena rasa selesa atau tidak menggunakan Ice Pack atau Heat Pack. Jika anda rasa tidak selesa maka anda perlulah menambahkan lapisan kain.

Jika anda ada penyakit kencing manis anda tidak digalakkan mengguna Ice Pack atau Heat Pack, anda disarankan terus berjumpa dengan doktor  sahaja.

Bagi mendapatkan produk jrm bole wassup  : KLIK DISINI
Lebih info berkenaan produk produk jamu ratu malaya bole mengikuti setiap perkembangan melalui
FB : http://www.facebook.com/jamuratumalaya-jrm.my
IG : https://instagram.com/jrm.senawang
#teamnogoriohsam
#familyjrmns
#jrmns
#jamuratumalayanegerisembilan
#jamuratumalaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *